Home (Malay version)

English version

Memajukan Penciptaan Bersama Objek Pembelajaran Boleh Diguna Semula (RLO) ke arah Pendigitalan Kurikulum Penjagaan Kesihatan (ACoRD)

Walaupun e-pembelajaran merupakan agenda pendidikan tinggi nasional, satu tinjauan yang dijalankan terhadap Institusi Pengajian Tinggi Malaysia menunjukkan bahawa pelaksanaan alat pembelajaran digital kekal berada pada tahap suboptimum.   Seiringan dengan itu, terdapat keperluan untuk membangunkan kandungan e-pembelajaran yang berkualiti tinggi selain membina kapasiti kakitangan akademik dan teknikal yang berkaitan dengan pedagogi digital dan pembangunan sumber digital. Projek ini melibatkan tiga Negara Program Kesatuan Eropah (United Kingdom (UK), Norway, Sweden) yang mempunyai reputasi bertaraf antarabangsa dalam bidang pembelajaran digital bekerjasama dengan tiga Institusi Pengajian Tinggi Malaysia untuk menghasilkan bahan-bahan yang relevan dengan keperluan setempat bagi ‘melatih para jurulatih’ (‘train the trainers’) kaedah membangunkan alat pembelajaran multimedia berkualiti tinggi yang dipanggil objek pembelajaran boleh diguna semula (reusable learning objects, RLO) yang merangkumi bidang perubatan, kejururawatan, sains bioperubatan dan disiplin lain yang berkaitan dengan kesihatan.

Latihan tersebut disusun berdasarkan metodologi ASPIRE (Aim, Storyboard, Populate, Implement, Release, Evaluate ), iaitu Sasaran, Papan Cerita, Mengisi Ruang, Melaksanakan, Mengeluarkan, Menilai bagi pembangunan RLO.  ASPIRE melibatkan penyertaan proses penciptaan bersama yang melibatkan pengguna akhir dan pihak berkepentingan lain dalam bengkel bagi memastikan penyelarasan kandungan digital dengan keperluan pembelajaran individu pelajar. Sejumlah 22 RLO akan dibangunkan sepanjang pelaksanaan projek ini dan akan ditempatkan di repositori akses terbuka yang akan dikekalkan selepas penyempurnaan projek bagi memenuhi pembangunan RLO yang seterusnya oleh pasukan pemaju yang semakin berkembang. RLO ini akan disepadukan ke dalam kurikulum institusi rakan kongsi dan diberi penilaian. Dengan menyediakan RLO sebagai sumber pendidikan terbuka yang boleh dijejak, output projek akan meraih jangkauan dan impak yang melangkaui institusi yang terlibat. Konsortium ini akan berhubung dengan pihak berkepentingan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia menerusi sokongan daripada Kementerian Pengajian Tinggi serta pusat pembelajaran dan pengajaran Institusi Pengajian Tinggi Malaysia.

ACoRD Project – Email : hs-acord-eu@nottingham.ac.uk