RLOs

English version

Apakah Objek Pembelajaran Boleh Diguna Semula (Reusable Learning Object, RLO)?

Sumber e-pembelajaran ACoRD direka khusus berdasarkan prinsip-prinsip ‘objek pembelajaran boleh diguna semula’ atau RLO. Ini merupakan sumber berasaskan web yang lengkap, yang terdiri daripada campuran elemen multimedia seperti audio, teks, gambar dan video, yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran interaktif melalui penggunaan aktiviti dan penilaian.  Ia mewakili lebih kurang 15 minit aktiviti pembelajaran. RLO dibangunkan menggunakan rangka kerja ASPIRE yang bertujuan memaksimumkan penyertaan dan mewujudkan penerapan rasa pemilikan bersama bahan-bahan yang dihasilkan. Proses tersebut lazimnya dimulakan dengan pelaksanaan bengkel bagi penetapan skop projek dan pembentukan pasukan. Bengkel kami melibatkan pelbagai kumpulan pihak berkepentingan, termasuk tutor, pelajar, pekerja penjagaan kesihatan, ahli teknologi pembelajaran, pengguna perkhidmatan kesihatan dan penjaga. RLO merupakan kaedah yang hebat untuk berkongsi kisah dan kepakaran anda.

RLO ACoRD

ACoRD  telah menghasilkan repositori RLO mengikut gaya repositori HELM Open yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Repositori ACoRD boleh dilayari di:

Sebanyak 24 RLO akses terbuka telah dihasilkan dalam projek ACoRD. Melepasi projek ACoRD, 7 lagi RLO telah dihasilkan dan 3 RLO dalam proses pembinaan, membuktikan peningkatan kapasiti dalam pembinaan sumber pembelajaran digital yang berkualiti tinggi dalam institusi Malaysia.